Kehadapan pemegang DDK dan rakan kongsi DDK,

Setelah melalui proses perbincangan serta penelitian bersama rakan kongsi undang-undang dan pihak penasihat kami, serta mengambil kira kebimbangan yang dialami oleh komuniti DDK, kami telah membuat satu keputusan yang kami rasakan perlu di mana kami menyeru semua pemegang DDK dan pihak Pengurusan DDK untuk mengharungi fasa kritikal yang sedang berlaku ini bersama-sama.

Pada permulaannya, pihak Pengurusan DDK bersetuju untuk dimasukkan ke dalam satu ruangan komunikasi Telegram demi memudahkan komunikasi diantara pihak Pengurusan SIMEX dan Pemegang DDK untuk mengemukakan sebarang maklum balas mengenai isu dan pertanyaan semasa mengenai pembangunan dan perkongsian perniagaan. Ruang komunikasi Telegram itu dicipta oleh Encik Denis Kurilchik yang juga ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Ahli Lembaga Pengarah (BOD) bagi SIMEX.  Encik Vassili Oxenux, selaku Presiden SIMEX dan Encik Dymitri Chirun, selaku Naib Presiden SIMEX juga adalah ahli kepada ruang komunikasi Telegram tersebut dan pada masa yang sama, Encik Dymitri adalah salah seorang pentadbir ruang Telegram tersebut. Manakala, pihak Pengurusan DDK terdiri daripada Dato’ Arai Ezzra (Pengasas), Datin Nur Ezdiani (Pengasas Bersama) & Puan Nurshuhada (Ketua Pegawai Eksekutif Projek) telah mendapat jemputan untuk menyertai ruang komunikasi tersebut yang turut disertai oleh sekitar 200-300 pemegang DDK.

Malangnya, pihak kami mendapati bahawa ruang komunikasi itu tidak lagi memenuhi tujuan asal sebagai “ruang untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan pada SIMEX” (Lampiran 1) apabila Encik Vassili membuat pernyataan yang mengelirukan mengenai DDK. Selain daripada pernyataan yang mengelirukan, Encik Vassili turut melemparkan beberapa pernyataan berbaur fitnah terhadap Dato’ Arai selaku pengasas DDK serta aset DDK itu sendiri secara keseluruhan. Segala pernyataan yang dikeluarkan adalah pendapat peribadi beliau sebagai seorang individu di mana ianya telah mendatangkan impak negatif yang sangat besar dan telah mencetuskan kebimbangan yang melampau dalam kalangan pemegang DDK. Jika hal ini dibiarkan berlanjutan, ia dapat menjejaskan dan membahayakan lingkungan perniagaan dan ekosistem DDK itu sendiri.

Penyenaraian DDKoin di SIMEX sebagai platform pertukaran dan perdagangan pada 31 Mei 2019 berjalan dengan lancar sehinggalah pada baru-baru ini (kira-kira 5 hari yang lalu dari tarikh pengumuman ini ditulis) di mana kami percaya bahawa kenyataan dan tuduhan yang mengelirukan mula menyebabkan kesan kritikal kepada reputasi ekosistem DDK, DDKoin dan Dato’ Arai sebagai Pengasas platform DDK, dan ruang komunikasi Telegram tersebut telah gagal memenuhi tujuan utamanya.  Ia hanya mewujudkan kekeliruan dan kekecohan berterusan yang tidak akan memberi manfaat kepada kami dan pemegang DDK.  Alasan kami adalah seperti berikut:

  1. Ruang komunikasi Telegram tersebut telah berkongsi banyak pernyataan yang mengelirukan dan tidak sahih mengenai ekosistem DDK, DDKoin dan Teknologi DDK serta kerjasama bersama SIMEX sebagai platform perdagangan dan pertukaran, serta hala tuju bagi kepentingan kedua-dua pihak.

  2. Pernyataan yang mengelirukan serta tidak sahih ini telah mewujudkan suasana tidak harmoni di antara pemegang aset, rakan niaga, pemaju dan penyokong ekosistem DDK.

  3. Majoriti pemegang DDK telah melaporkan kebimbangan mereka ketika tersebarnya pernyataan yang mengelirukan serta tidak sahih ini dan tidak berminat untuk terkait dengan mana-mana saluran media yang tidak dibenarkan dan tidak rasmi oleh pihak Pengurusan DDK.

  4. Pihak Pengurusan SIMEX terutamanya Encik Vassili telah mengenepikan etika perniagaannya dengan menyampaikan pendapat peribadinya. Beliau bersikap tidak professional kerana sewenang-wenangnya memandang rendah kepada ekosistem DDK dan DDKoin, serta mengeluarkan kenyataan negatif tanpa sebarang bukti yang kukuh dan benar.  Beliau juga menggunakan ruang komunikasi Telegram tersebut sebagai tapak untuk mempromosikan produk dan projek yang kepentingannya sendiri, termasuklah produk dan projek peribadinya di mana beliau mempromosikan token yang bersandarkan nilai emas oleh SIMEX yang dinamakan sebagai USG. Pada pandangan kami, ini adalah langkah yang jelas tidak beretika dan konflik terhadap kepentingan pihak kami, terutamanya selepas SIMEX menawarkan penyenaraian satu lagi produk digital kami iaitu DinarCoin (DNC). (DinarCoin (DNC) adalah produk yang berkolaborasi dengan rakan niaga kami iaitu Harimau Mint Gold (HMG)), di mana ia disandarkan kepada nilai emas. 

    Bagi memastikan strategi dan penyediaan dokumentasi, pembangunan dalam teknikal dalam menyelesaikan aliran proses yang sepatutnya, kami terpaksa melambatkan proses penyenaraian ini sehingga semuanya dapat diselesaikkan dengan sempurna. 

    Walau bagaimanapun,  langkah yang diambil oleh pihak SIMEX dimana mereka secara tiba-tiba mempromosikan token yang dikenal sebagai USG jelas sekali telah melanggar etika perniagaan apabila mereka tidak berfungsi sebagaimana tujuan asal penciptaan ruang komunikasi Telegram tersebut (sebagai ruang perbincangan penambahbaikan pada SIMEX dan DDK).  Terdapat pelanggaran yang jelas mengenai usaha-sama ini meningkatkan lagi syak wasangka kami sama ada SIMEX benar-benar ingin bekerjasama dengan DDK dan komunitinya untuk memastikan perniagaan ini berlangsung dalam jangka masa yang panjang atau hanya mempunyai niat yang bercanggah demi mempromosikan produk mereka sendiri yang tidak pernah disahkan oleh pihak Pengurusan DDK.
  1. Encik Vassili juga gagal mematuhi etika dalam perniagaan sebagai Presiden SIMEX ketika beliau mengambil keputusan untuk mengulas secara berat sebelah (bias) tentang ekosistem DDK dan DDKoin yang berada di luar skop kerjasama SIMEX dan DDK yang dipersetujui. Sebagai contoh, ulasan yang dimanipulasi dan andaian palsu tentang hubungan antara pihak Pengurusan DDK (DDK Foundation) dan Pemaju DDK (Eska Team).  Kami ulangi, pemaju DDK (Eska Team) sedar akan potensi DDK dan bersetuju bahawa pembayaran perkhidmatan mereka dibayar dengan menggunakan DDK (DDKOIN) secara berperingkat kerana fasa penghantaran dicapai di sini bahawa peruntukan Pra-tambang adalah hak kami dalam menentukannya justeru dalam membina ekosistem yang bukan hanya sekadar dalam pembayaran pemaju, tetapi juga untuk operasi perniagaan, pemasaran dan jangka masa panjang buat projek.  Pre-mined coin yang merupakan sebahagian daripada blok genesis adalah hak tunggal dan hak kami untuk digunakan sebagai penyedia platform Blockchain yang dinyatakan dengan jelas di dalam papan putih kami – https://www.ddkoin.com/documentation/DDK_Whitepaper_V1.2.pdf  (halaman 73).  Di samping itu, angka peruntukan pre-mined ini adalah wajib untuk diisytiharkan kepada CMC (CoinmarketCap) dan dilaporkan secara telus kepada CMC sebagai sumber data bagi projek matawang kripto tentang jumlah pengedaran DDK bagi memenuhi syarat CMC dalam mencapai kriteria penyenaraian.  Oleh itu, tidak ada isu mengenai manipulasi bahawa peruntukan pre-mined DDK digunakan oleh pihak Pengurusan DDK untuk tujuan pencairan  dalam platform pertukaran bagi melengkapi pembayaran utiliti secara terdesak sehingga menyebabkan kejatuhan harga.

  2. Secara faktanya, untuk membuktikan bahawa pengurusan SIMEX gagal mematuhi profesionalisme dan etika perniagaan mereka, Encik Dymitri sebagai Timbalan Presiden SIMEX “menjemput” ramai pemegang DDK dan rakan niaga DDK ke dalam ruang komunikasi Telegram tersebut yang kami percaya dengan niat yang tidak baik dalam mewujudkan rasa tidak harmoni terhadap kami dan rakan kongsi rasmi kami. Hal ini demikian kerana sejauh mana yang kami tahu, rakan kongsi rasmi kami bukanlah pemegang saham SIMEX atau rakan kongsi rasmi SIMEX.  Disebabkan kenyataan dan tuduhan palsu ini, para pemegang DDK bersengketa dengan pasukan pengurusan SIMEX dalam ruang komunikasi Telegram tersebut sehingga menyebabkan persekitaran yang negatif terhadap ekosistem DDK. Pengurusan SIMEX juga tidak bertindak sebagaimana yang seharusnya dalam  menyediakan penyelesaian sebagai platform pertukaran di mana tempat DDK disenaraikan. Tujuan utama penyenaraian adalah untuk kebaikan buat semua pemegang aset.

Selain itu, berdasarkan persetujuan bersama, pihak kami memberi keizinan dan bersetuju untuk mempromosikan Token SIMEX (SMX) kepada pengguna sedia ada DDK di plaform SIMEX. Namun demikian, pihak SIMEX telah melanggar perjanjian yang termeterai dan gagal menegakkan ketelusan produk mereka, di mana ianya menimbulkan tanda tanda seperti yang dinyatakan dibawah:

  1. Sehingga ke hari ini, pihak SIMEX gagal memberikan dokumentasi yang sahih serta “Standard of Operating Procedure (SOP)” mengenai Token SIMEX (SMX) sebagaimana yang telah dituntut berkali-kali oleh pihak Pengurusan DDK sebelum kami secara rasminya menghebahkan kepada pihak umum mengenai perjanjian bersama SIMEX mengenai isu ini. Hakikatnya, sehingga ke hari ini pihak Pengurusan DDK telah memberi kelonggaran di atas ihsan dan adab bekerjasama kepada pihak SIMEX untuk berhubung terus kepada pemegang DDK di platform SIMEX melalui e-mel.

  2. Kertas-Putih (Whitepaper) Token SIMEX (SMX) tidak pernah diberikan kepada pihak Pengurusan DDK sehingga ke hari ini, sedangkan dokumen itu amatlah penting untuk menunjukkan kebolehpercayaan serta daya maju Token SIMEX (SMX).

  3. Pihak SIMEX telah menghantar e-mel kepada pengguna DDK yang berdaftar di platform SIMEX pada 16hb September 2019 dengan menyatakan bahawa “kemerosotan aset DDK dapat diatasi jika pengguna DDK menjadi pemegang saham di SIMEX iaitu melalui pemilikan token SIMEX (SMX)”. Walau bagaimanapun, kami tidak menerima sebarang dokumentasi yang sahih atau definisi prospektus syarikat di mana saham tersebut akan diedarkan ke mana-mana projek dan bentuk operasi yang dapat meningkatkan dividen / keuntungan / nilai dalam saluran rasmi mereka.

  4. Pada pengumuman di e-mel yang sama daripada pihak SIMEX bertarikh 16hb September 2019, SIMEX telah mewar-warkan bahawa terdapat satu promosi istimewa/pertandingan yang dianjurkan khusus untuk pengguna DDK yang berdagang di platform SIMEX yang telah dilancarkan pada 15hb September 2019. Ironinya, sehingga ke hari ini kami tidak menerima apa-apa berita mengenai pemenang promosi istimewa/pertandingan yang telah dilancarkan itu. Pertandingan perdagangan yang dinyatakan menawarkan hadiah kepada pemenang seperti yang tertera dibawah:
    • Tempat Pertama: 1,000 DDK
    • Tempat Kedua: 500 DDK
    • Tempat Ketiga: 250 DDK

Berdasarkan senario yang berlaku, pihak Pengurusan DDK berasa amat kecewa terhadap servis yang diberikan oleh pihak SIMEX kerana usaha kami untuk mempromosikan platform SIMEX kepada pengguna DDK untuk berdagang dan menaikkan jumlah transaksi dengan memberikan kesedaran dan tunjuk ajar yang padu serta berterusan adalah sia-sia. Malahan, pihak SIMEX hanya berdiam diri mengenai hal ini sesuai dengan peribahasa Melayu “kacang lupakan kulit”. Dengan adanya promosi ini pada pengumuman rasmi SIMEX kepada pengguna DDK, secara tidak langsung hal ini telah merosakkan reputasi dan kredibiliti kami sebagai pihak Pengurusan DDK. Sila rujuk kepada lampiran Exhibit 2 sebagai rujukan.

  1. Strategi pemasaran Token SIMEX (SMX) kepada pengguna DDK tidak memberangsangkan dan jumlah permintaan kepada token itu tidak memuaskan https://simex.global/en/exchange/simx/btc . Oleh itu, sebarang risiko yang berkaitan dengan pembelian Token SIMEX (SMX) telah dinyatakan dengan jelas di dalam penggumuman rasmi kami bahawa pakej atau promosi ini bukanlah liabiliti kami. – https://blog.ddkoin.com/2019/09/23/simex-and-ddk-collaborates-offering-higher-investment-opportunities-to-ddk-community/

Di samping itu, berdasarkan penyelidikan serta kajian lebih mendalam dari pihak mengenai syarikat SIMEX, kami mendapati bahawa beberapa artikel, pautan dan bukti bahawa SIMEX juga bukan sebagai medium serta platform pertukaran yang bereputasi di pasaran seperti di bawah:

  1. Terdapat persoalan terhadap reputasi keselamatan pada platform SIMEX yang sedang kami siasat, ini kerana SIMEX digantung dalam melakukan beberapa operasi kerana dituntut dalam siaran akhbar bahawa mereka melakukan transaksi di bawah peraturan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), seperti yang terpaut serta dilampirkan pada – https://news.softpedia.com/news/simex-suspended-by-sec-for-false-initial-coin-offering-ico-registration-claims-523363.shtml

  2. SIMEX juga termasuk dalam senarai platform pertukaran yang melambung secara besar-besaran dengan kombinasi jumlah pertukaran palsu dan wash trade yang disiarkan oleh artikel yang dikaitkan oleh SEC mengikut pautan ini. Artikel ini juga menunjukkan bahawa secara menyeluruh memeriksa pasaran pertukaran bitcoin dengan petunjuk jumlah palsu terdiri daripada SIMEX iaitu pada (peringkat 76 / muka surat 15) – https://www.sec.gov/comments/sr-nysearca-2019-01/srnysearca201901-5574233 -185408.pdf . Kami sedar bahawa pada masa ini CMC (CoinMarketCap) telah mengumumkan mengenai metodologi baru bagi penyenaraian kedudukan platform pertukaran & projek matawang kripto- (https://coinmarketcap.com/methodology/) serta pencairan (https://www.google.com/amp/s/blog.coinmarketcap.com/2019/11/11/coinmarketcap-launches-new-liquidity-metric/amp/). Oleh itu, kami merasakan jika SIMEX tidak dapat mematuhi metrik pencairan ini, kami meramalkan bahawa jumlah pertukaran palsu akan memberi kesan kepada ekosistem DDK kami, kerana kami kini sedang berdagang dengan pedagang  sebenar dalam platform SIMEX. Hanya DDK yang mempunyai trader sebenar di dalam platform SIMEX.

  3. Telah menjadi perhatian bahawa SIMEX hanya terdiri daripada enam orang ahli, yang pada pandangan kami tidak dapat memberikan pengalaman perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna DDK dan ini hanya akan menyebabkan kesulitan terhadap masa depan DDK. Kami terlibat dengan SIMEX sebagai platform pertukaran DDK (pertama) yang disenaraikan DDK untuk memastikan kemampanan perniagaan dan pengembangan perniagaan demi kelangsungan DDK pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, dengan bilangan stakeholder dan peniaga DDK yang semakin meningkat dan aktiviti pendidikan berterusan daripada pihak kami; sekiranya SIMEX tidak memperbaiki perkhidmatan mereka, kami meramalkan bahawa mereka tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna DDK. – https://www.manta.com/c/mhxyf1c/simex-inc

  4. Kami juga telah memutuskan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai kredibiliti SIMEX pada Token SMX/SIMX mereka, di mana SEC tidak menyokong serta tidak menyertakan syarat untuk cryptocurrency, dan pelabur harus sentiasa berwaspada apabila ingin membuat pelaburan dalam penawaran duit syiling awal (ICO). Di samping itu, artikel itu juga menyebut SIMEX menyediakan maklumat yang tidak tepat dan tidak mencukupi mengenai operasinya, selepas memperoleh kembali hak operasi pada Mei 2018, seperti yang termaktub pada pautan yang dilampirkan:
    https://cryptonewsreview.com/sec-clamps-down-on-crypto-exchange-owners-of-false-custody-claims/   & https://davidgerard.co.uk/blockchain/2018/11/05/when-you-sell-tokens-dont-claim-sec-approval-simex-and-bad-ideas/

  5. Turut menjadi perhatian kami bahawa SIMEX telah mengumumkan dalam berita rasmi bahawa American Retail Group, Inc. (ARGB) mengumumkan penyelesaian pemerolehan Simex Inc:- (https://simex.global/en/news/american-retail-group-inc-announces-the-completion-of-the-acquisition-of-simex-inc-1-1592). Namun demikian, terdapat juga artikel yang kami tinjau bahawa syarikat ARGB mengesahkan bahawa Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat (AS) (“SEC”) telah mengarahkan perdagangan dalam saham biasa digantung untuk tempoh dari 9:30 pagi EDT pada 22 Oktober 2018, hingga 11:59 malam EDT pada 2 November 2018. – (https://www.globenewswire.com/news-release/2018/10/23/1625929/0/en/American-Retail-Group-Inc-OTC-ARGB-confirms-suspension-of-trading.html). SEC memerintahkan penggantungan kerana kebimbangan mengenai ketepatan maklumat di pasaran tentang produk dan perkhidmatan syarikat dan kelulusan pengawalseliaan tertentu, termasuk kenyataan dalam siaran akhbar syarikat yang mendakwa bahawa Syarikat SIMEX telah bekerjasama dengan “institusi yang berkelayakan SEC “Untuk memudahkan urus niaga matawang kripto dan bahawa mereka melakukan penawaran secara rasmi yang didaftarkan mengikut kehendak SEC. Di dalam artikel yang sama menyatakan, Encik Vassili menyatakan bahawa, “Walaupun ia tetap menjadi tujuan Syarikat untuk melakukan pendaftaran untuk menawarkan keselamatan yang dapat ditukar menjadi cryptocurrency untuk didagangkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, ia sangat tidak mungkin Syarikat akan berbuat demikian pada masa hadapan”. Maksudnya, menjadi perhatian kami bahawa Vassili menyatakan secara jelas dia tidak mungkin akan mendaftarkan syarikat kepada penawaran umum terhadap mana-mana sekuriti atau deposit cryptocurrency dengan SEC. Oleh itu, bagaimana SIMEX dapat menawarkan Token SMX ke arah umum yang disebutkan sebagai STO (Penawaran Token Keselamatan) ataupun dengan lebih jelas sebagai IPO (Initial Public Offering) yang menghala kepada Preference Shares kepada Pemegang DDK? Tidak sepatutnya penjualan saham syarikat dilakukan tanpa pengesahan bursa pada setiap negara khusus Malaysia. Pihak Pengurusan DDK merasakan ini mungkin melanggar peluasan perniagaan, demi masa depan yang baik kita memerlukan cara yang betul untuk melakukan sesuatu, melainkan jika dibenarkan.

  6. Kami juga mendapati bahawa Encik Vassili Presiden kepada SIMEX telah dipertanggungjawabkan untuk beberapa kes-kes mahkamah dan aduan penipuan sekuriti, yang sangat membimbangkan. Laporan dan aduan ini boleh didapati di pautan ini – https://www.courtlistener.com/docket/6044378/lozovskyy-v-oxenuk/ & https://www.offshorealert.com/vassili-oxenuk-financial-oxir-investment-fraud-complaint.aspx

Selain itu, beberapa aduan telah diterima daripada pengguna DDK yang berdagang di SIMEX bahawa pencairan mengambil masa melebihi 24 jam dimana keadaan ini adalah bertentangan dengan SOP SIMEX. Hal ini juga menimbulkan tanda tanya kerana pihak SIMEX hanya memberi laluan yang pantas dan efisyen kepada transaksi pencairan yang bersifat minimum dan jumlah yang kecil. Pihak kami tidak pernah mendapatkan jawapan yang jelas dan munasabah daripada pihak SIMEX mengenai hal yang dinyatakan diatas sehingga ke saat ini. Namun demikian, adalah dimaklumkan bahawa pihak kami masih berada dalam proses menyelidik keadaan sebenar disebalik senario yang berlaku. Secara dasarnya, setelah menerima laporan dan aduan yang berduyun-duyun saban hari, pihak Pengurusan DDK berhak mempersoalkan kredibiliti pihak SIMEX, proses operasi SIMEX dan kerjasama bersama SIMEX secara keseluruhan.

Oleh yang demikian, pada fasa yang hening ini kami dari pihak Pengurusan DDK mengesa agar semua para pemegang DDK, penyokong serta rakan kongsi yang terlibat untuk melakukan tindakan yang tertera dengan secepatnya:

  1. Sila berikan perhatian penuh anda hanya kepada mana-mana pengumuman yang dikeluarkan di media sosial rasmi pihak Pengurusan DDK untuk mendapatkan berita yang benar, sahih dan tepat melalui pautan berikut:
  2. Mencairkan aset anda yang didagangkan atau berada di platform SIMEX dengan secepat yang mungkin berdasarkan kepada kredibiliti SIMEX yang semakin menimbulkan persoalan oleh pihak Pengurusan DDK.

  3. Jangan melakukan sebarang bentuk dagangan pada platform SIMEX lagi berdasarkan kepada keselamatan dan perlindungan terhadap aset anda. Anda boleh memindahkan aset anda ke mana-mana “exchanger” yang lain seperti yang telah disenaraikan di https://www.ddkoin.com/

  4. Sebarang pertanyaan mengenai SIMEX, sila berhubung secara langsung dengan pihak bantuan rasmi SIMEX untuk menjejaki perkembangan kes anda dan isu secara rasmi untuk pengawas / badan rasmi tertentu yang memantau mereka (* jika diperlukan penyelidikan badan-badan resmi lagi *).

  5. Sila berhati-hati dan elakkan diri anda daripada tertipu dengan maklumat FUD daripada individu yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan identiti palsu untuk menyebarkan maklumat palsu mengenai DDK and ekosistemnya. Anda boleh layari terus ke saluran-saluran rasmi DDK untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Kami berharap agar komuniti DDK mengambil langkah bijak dengan bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan tanpa berfikir panjang kerana pihak guaman kami sedang mengatasi masalah yang tercetus dengan sebaik-baiknya. Sila patuhi segala informasi dan kenyataan yang telah dinyatakan di atas dengan secepatnya demi menjamin keselamatan aset anda. Kami berjanji akan mengatasi masalah ini dengan seadil-adilnya menggunakan langkah yang professional demi menyelamatkan reputasi kita sebagai pasukan yang professional. Kami amat menghargai segala kerjasama anda dan sentiasa memastikan segala visi dan misi perniagaan dan projek ini diatasi tanpa tindakan yang bersifat berat sebelah kerana kita sedang berhadapan dengan “blockchain” dan projek matawang kripto (open-source) di mana seluruh komuniti DDK sebagai perintis teknologi blockchain DDK. Ini merupakan pertama kali kami berhadapan dengan keadaan sedemikian dan juga merupakan sejarah pertama kali dimana sebuah aset kripto dihimpit dengan kekacauan yang dicetuskan oleh platform “exchanger”, bermula dengan penyataan tidak bertanggungjawab dan tuduhan serkap jarang kepada projek blockchain & matawang kripto yang telah memberikan mereka keuntungan setiap hari sehingga pengumuman ini dibuat. Pihak guaman kami akan menghantarkan “Letter of Demand (LOD)” terus kepada Presiden dan Timbalan Presiden SIMEX secepatnya sebagai tindakan rasmi untuk meneruskan prosedur yang seterusnya. Dalam fasa ini, pihak kami akan menurunkan kesemua logo SIMEX pada mana-mana kenyataan, pengumuman, promosi, alat pemasaran dan pemasaran secara keseluruhan dalam sesi pendidikan dan acara dibawah pengurusan DDK.

Kami juga menyeru tindakan dan proses profesional yang sewajarnya daripada pihak SIMEX untuk segera nyah-senarai aset kami (DDK/DDKOIN) kerana kerjasama bersama SIMEX kelihatan meragukan dan berniat jahat terhadap perancangan masa hadapan perniagaan kami. Kami telah mengambil keputusan untuk terus melangkah kehadapan walaupun tanpa kerjasama yang sebelum ini dijalankan bersama SIMEX demi kebaikan bersama. Kepada seluruh komuniti DDK, pihak kami akan sentiasa memastikan proses pemadaman DDK/DDKoin tidak akan memberikan sebarang impak negatif terhadap hala tuju masa hadapan dan perkembangan kemajuan teknologi DDK yang sedang dijalankan dan telah dirancang. Kami akan sentiasa berusaha keras demi memberikan penyelesaian masalah blockchain yang terbaik kepada keseluruhan komuniti DDK. Kami yakin bahawa pendekatan jangka panjang untuk bekerja dengan pasukan “Global Exchanger” yang berkelayakan adalah kunci untuk berjaya memupuk ekosistem yang sihat dan menyediakan komuniti kami dengan pelbagai platform mampan, menarik, dan boleh dipercayai untuk berdagang.

Sebagai kesimpulan, sila fahami bahawa pengumuman ini merupakan keputusan akhir dari Pengurusan DDK ke arah mengharmonisasikan para Pemegang DDK, menjamin keselamatan aset anda, dan untuk memastikan bahawa Hala Tuju DDK akan disampaikan dengan lancar ke komuniti DDK keseluruhannya.

Tindakan segera anda adalah amat diperlukan.

Sekian,

Pasukan Yayasan DDK dengan bantuan daripada,

Pasukan Pemaju DDK & Pasukan Penasihat DDK

Lampiran 1 & Lampiran 2

Categories: Announcements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *